Saturday, December 13, 2008

>> My New Hair !

Actually, semalam 12.12.08, saya, adik adik saya, mak saya, dan juga mak long saya, pergi JJ di setiawangsa. Kita orang pergi sana untuk beli barang dapur. Tetapi, benda lain yang banyak di beli. Haha. Saya memang teringin untuk warnakan rambut. Jalan jalan, saya ternampak SYURA (colour, hair). Balik balik terus pergi buat. Ermmm itu pon mak saya yang suruh ! Masuk je Salon, mak saya bisik kat saya, "akak buat la curly sekali." Waaa..aku dah bangga kat belakang. Kakak Salon pon buat la curly kat rambut aku ni. Agak agak dah 2 jam, die buka dan tengok jadi ke tak jadi. Bukak bukak je, wahhhhh gile meggi ow ! Haha. Ermmm lepas saja buat curly, warnakan pulak. Hadoi...1 jam pulak kene tunggu. Nasib baik la kat dalam Salon tu ada TV, boleh la saya usya usya cerita apa yang ada kan kan kan. Sambil tu, akak Salon tu gunting rambut mak saya pulak. Lepas siap je Rambut saya di fesyenkan oleh kakak Salon 2, saya pon tengok la apa hasil nya. Nak tau ape saya cakap ? Haha saya cakap "walamak, tak sangka ow". Dah la kuat. Buat malu je ow. Hehehe faham faham je la saya ni macam mana kan. Errmmm itu la hasilnya. Warna tidak nampak, kerana dia hanya boleh dilihat pada tengah hari. Thanks kepada kakak Salon, mak dan juga mimie. Kerana kakak Salon telah mengubahkan rambut saya. Terima kasih juga kepada mak saya, kerana telah memberi kebenaran saya untuk membuat hari style cam ginih. Kepada mimie pula, thanks sebab telah mengeditkan gambar saya ni.

Salon ini berada di Dato' Keramat (depan lorong kiri 13, sebelah kedai runcit doremon). Sesiapa yang mahu murah, pergi sahaja di tempat ini. Tocher tocher.

Curly = RM30
Colour = RM20
Total = RM50

No comments:

Post a Comment